Al-Zalzalah

Change Language
Change Surah
Change Recitation

Malay: Abdullah Muhammad Basmeih

Play All
# Translation Ayah
1 Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا
2 Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا
3 Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا
4 Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا
5 Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا
6 Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ
7 Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
8 Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
;