Al-Sharh

Change Language
Change Surah
Change Recitation

Malay: Abdullah Muhammad Basmeih

Play All
# Translation Ayah
1 Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
2 Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
3 Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ
4 Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
5 Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
6 (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
7 Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
8 Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
;