At-Takwir

Change Language
Change Surah
Change Recitation

Malay: Abdullah Muhammad Basmeih

Play All
# Translation Ayah
1 Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap); إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ
2 Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak; وَإِذَا النُّجُومُ انكَدَرَتْ
3 Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu); وَإِذَا الْجِبَالُ سُيِّرَتْ
4 Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar; وَإِذَا الْعِشَارُ عُطِّلَتْ
5 Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan; وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ
6 Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ
7 Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya; وَإِذَا النُّفُوسُ زُوِّجَتْ
8 Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, - وَإِذَا الْمَوْؤُودَةُ سُئِلَتْ
9 Dengan dosa apakah ia dibunuh? بِأَيِّ ذَنبٍ قُتِلَتْ
10 Dan apabila surat-surat amal dibentangkan; وَإِذَا الصُّحُفُ نُشِرَتْ
11 Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya; وَإِذَا السَّمَاء كُشِطَتْ
12 Dan apabila neraka dinyalakan menjulang; وَإِذَا الْجَحِيمُ سُعِّرَتْ
13 Dan apabila Syurga didekatkan; وَإِذَا الْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ
14 (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya. عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا أَحْضَرَتْ
15 Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul; فَلَا أُقْسِمُ بِالْخُنَّسِ
16 Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya; الْجَوَارِ الْكُنَّسِ
17 Dan malam, apabila ia hampir habis, وَاللَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ
18 Dan siang, apabila ia mulai terang; وَالصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ
19 Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia, إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ
20 Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy, ذِي قُوَّةٍ عِندَ ذِي الْعَرْشِ مَكِينٍ
21 Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai. مُطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ
22 Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh); وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجْنُونٍ
23 Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata. وَلَقَدْ رَآهُ بِالْأُفُقِ الْمُبِينِ
24 Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib. وَمَا هُوَ عَلَى الْغَيْبِ بِضَنِينٍ
25 Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam. وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ
26 (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)? فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ
27 Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam: إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَالَمِينَ
28 Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. لِمَن شَاء مِنكُمْ أَن يَسْتَقِيمَ
29 Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. وَمَا تَشَاؤُونَ إِلَّا أَن يَشَاء اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
;