1 |
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/055001.mp3
|
الرَّحْمَنُ |
2 |
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. |
/content/ayah/audio/hudhaify/055002.mp3
|
عَلَّمَ الْقُرْآنَ |
3 |
Dia lah yang telah menciptakan manusia; - |
/content/ayah/audio/hudhaify/055003.mp3
|
خَلَقَ الْإِنسَانَ |
4 |
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. |
/content/ayah/audio/hudhaify/055004.mp3
|
عَلَّمَهُ الْبَيَانَ |
5 |
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; |
/content/ayah/audio/hudhaify/055005.mp3
|
الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ |
6 |
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/055006.mp3
|
وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ |
7 |
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, |
/content/ayah/audio/hudhaify/055007.mp3
|
وَالسَّمَاء رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ |
8 |
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; |
/content/ayah/audio/hudhaify/055008.mp3
|
أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ |
9 |
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. |
/content/ayah/audio/hudhaify/055009.mp3
|
وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ |
10 |
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: |
/content/ayah/audio/hudhaify/055010.mp3
|
وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ |
11 |
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; |
/content/ayah/audio/hudhaify/055011.mp3
|
فِيهَا فَاكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ |
12 |
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; |
/content/ayah/audio/hudhaify/055012.mp3
|
وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ |
13 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055013.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
14 |
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, |
/content/ayah/audio/hudhaify/055014.mp3
|
خَلَقَ الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ |
15 |
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; |
/content/ayah/audio/hudhaify/055015.mp3
|
وَخَلَقَ الْجَانَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ |
16 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055016.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
17 |
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. |
/content/ayah/audio/hudhaify/055017.mp3
|
رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ |
18 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055018.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
19 |
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; |
/content/ayah/audio/hudhaify/055019.mp3
|
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ |
20 |
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; |
/content/ayah/audio/hudhaify/055020.mp3
|
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ |
21 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055021.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
22 |
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan; |
/content/ayah/audio/hudhaify/055022.mp3
|
يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ |
23 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055023.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
24 |
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang; |
/content/ayah/audio/hudhaify/055024.mp3
|
وَلَهُ الْجَوَارِ الْمُنشَآتُ فِي الْبَحْرِ كَالْأَعْلَامِ |
25 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055025.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
26 |
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: |
/content/ayah/audio/hudhaify/055026.mp3
|
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ |
27 |
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: |
/content/ayah/audio/hudhaify/055027.mp3
|
وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ |
28 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055028.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
29 |
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! |
/content/ayah/audio/hudhaify/055029.mp3
|
يَسْأَلُهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ |
30 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055030.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
31 |
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! |
/content/ayah/audio/hudhaify/055031.mp3
|
سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَا الثَّقَلَانِ |
32 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055032.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
33 |
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! |
/content/ayah/audio/hudhaify/055033.mp3
|
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ |
34 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055034.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
35 |
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu); |
/content/ayah/audio/hudhaify/055035.mp3
|
يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ |
36 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055036.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
37 |
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; |
/content/ayah/audio/hudhaify/055037.mp3
|
فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاء فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ |
38 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055038.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
39 |
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya); |
/content/ayah/audio/hudhaify/055039.mp3
|
فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْأَلُ عَن ذَنبِهِ إِنسٌ وَلَا جَانٌّ |
40 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055040.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
41 |
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka); |
/content/ayah/audio/hudhaify/055041.mp3
|
يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ |
42 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055042.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
43 |
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ". |
/content/ayah/audio/hudhaify/055043.mp3
|
هَذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُونَ |
44 |
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! |
/content/ayah/audio/hudhaify/055044.mp3
|
يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ آنٍ |
45 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055045.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
46 |
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, - |
/content/ayah/audio/hudhaify/055046.mp3
|
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ |
47 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055047.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
48 |
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; - |
/content/ayah/audio/hudhaify/055048.mp3
|
ذَوَاتَا أَفْنَانٍ |
49 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055049.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
50 |
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; - |
/content/ayah/audio/hudhaify/055050.mp3
|
فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ |
51 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. |
/content/ayah/audio/hudhaify/055051.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
52 |
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). |
/content/ayah/audio/hudhaify/055052.mp3
|
فِيهِمَا مِن كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ |
53 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055053.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
54 |
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. |
/content/ayah/audio/hudhaify/055054.mp3
|
مُتَّكِئِينَ عَلَى فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ |
55 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055055.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
56 |
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; |
/content/ayah/audio/hudhaify/055056.mp3
|
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ |
57 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055057.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
58 |
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. |
/content/ayah/audio/hudhaify/055058.mp3
|
كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ |
59 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055059.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
60 |
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055060.mp3
|
هَلْ جَزَاء الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ |
61 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055061.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
62 |
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua); |
/content/ayah/audio/hudhaify/055062.mp3
|
وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ |
63 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055063.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
64 |
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya; |
/content/ayah/audio/hudhaify/055064.mp3
|
مُدْهَامَّتَانِ |
65 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055065.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
66 |
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya: |
/content/ayah/audio/hudhaify/055066.mp3
|
فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ |
67 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055067.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
68 |
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, |
/content/ayah/audio/hudhaify/055068.mp3
|
فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ |
69 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055069.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
70 |
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; |
/content/ayah/audio/hudhaify/055070.mp3
|
فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ |
71 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055071.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
72 |
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; |
/content/ayah/audio/hudhaify/055072.mp3
|
حُورٌ مَّقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ |
73 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055073.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
74 |
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin; |
/content/ayah/audio/hudhaify/055074.mp3
|
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ |
75 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055075.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
76 |
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. |
/content/ayah/audio/hudhaify/055076.mp3
|
مُتَّكِئِينَ عَلَى رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِيٍّ حِسَانٍ |
77 |
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
/content/ayah/audio/hudhaify/055077.mp3
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ |
78 |
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. |
/content/ayah/audio/hudhaify/055078.mp3
|
تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ |