1 |
Taa, Siin, Miim. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026001.mp3
|
طسم |
2 |
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026002.mp3
|
تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ |
3 |
Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026003.mp3
|
لَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ أَلَّا يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ |
4 |
Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026004.mp3
|
إِن نَّشَأْ نُنَزِّلْ عَلَيْهِم مِّن السَّمَاء آيَةً فَظَلَّتْ أَعْنَاقُهُمْ لَهَا خَاضِعِينَ |
5 |
Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026005.mp3
|
وَمَا يَأْتِيهِم مِّن ذِكْرٍ مِّنَ الرَّحْمَنِ مُحْدَثٍ إِلَّا كَانُوا عَنْهُ مُعْرِضِينَ |
6 |
Oleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026006.mp3
|
فَقَدْ كَذَّبُوا فَسَيَأْتِيهِمْ أَنبَاء مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُون |
7 |
Masihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat? |
/content/ayah/audio/hudhaify/026007.mp3
|
أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الْأَرْضِ كَمْ أَنبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ |
8 |
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026008.mp3
|
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ |
9 |
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026009.mp3
|
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ |
10 |
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, - |
/content/ayah/audio/hudhaify/026010.mp3
|
وَإِذْ نَادَى رَبُّكَ مُوسَى أَنِ ائْتِ الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ |
11 |
"Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026011.mp3
|
قَوْمَ فِرْعَوْنَ أَلَا يَتَّقُونَ |
12 |
Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026012.mp3
|
قَالَ رَبِّ إِنِّي أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ |
13 |
"Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku). |
/content/ayah/audio/hudhaify/026013.mp3
|
وَيَضِيقُ صَدْرِي وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِي فَأَرْسِلْ إِلَى هَارُونَ |
14 |
"Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026014.mp3
|
وَلَهُمْ عَلَيَّ ذَنبٌ فَأَخَافُ أَن يَقْتُلُونِ |
15 |
Allah berfirman: "Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026015.mp3
|
قَالَ كَلَّا فَاذْهَبَا بِآيَاتِنَا إِنَّا مَعَكُم مُّسْتَمِعُونَ |
16 |
"Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026016.mp3
|
فَأْتِيَا فِرْعَوْنَ فَقُولَا إِنَّا رَسُولُ رَبِّ الْعَالَمِينَ |
17 |
"Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026017.mp3
|
أَنْ أَرْسِلْ مَعَنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ |
18 |
Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? |
/content/ayah/audio/hudhaify/026018.mp3
|
قَالَ أَلَمْ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًا وَلَبِثْتَ فِينَا مِنْ عُمُرِكَ سِنِينَ |
19 |
"Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026019.mp3
|
وَفَعَلْتَ فَعْلَتَكَ الَّتِي فَعَلْتَ وَأَنتَ مِنَ الْكَافِرِينَ |
20 |
Nabi Musa berkata: "Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026020.mp3
|
قَالَ فَعَلْتُهَا إِذًا وَأَنَا مِنَ الضَّالِّينَ |
21 |
"Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026021.mp3
|
فَفَرَرْتُ مِنكُمْ لَمَّا خِفْتُكُمْ فَوَهَبَ لِي رَبِّي حُكْمًا وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُرْسَلِينَ |
22 |
"Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026022.mp3
|
وَتِلْكَ نِعْمَةٌ تَمُنُّهَا عَلَيَّ أَنْ عَبَّدتَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ |
23 |
Firaun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026023.mp3
|
قَالَ فِرْعَوْنُ وَمَا رَبُّ الْعَالَمِينَ |
24 |
Nabi Musa menjawab. "Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026024.mp3
|
قَالَ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا إن كُنتُم مُّوقِنِينَ |
25 |
Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026025.mp3
|
قَالَ لِمَنْ حَوْلَهُ أَلَا تَسْتَمِعُونَ |
26 |
Nabi Musa menegaskan lagi: "Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu." |
/content/ayah/audio/hudhaify/026026.mp3
|
قَالَ رَبُّكُمْ وَرَبُّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ |
27 |
Firaun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026027.mp3
|
قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ الَّذِي أُرْسِلَ إِلَيْكُمْ لَمَجْنُونٌ |
28 |
Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: "Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya!" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026028.mp3
|
قَالَ رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَمَا بَيْنَهُمَا إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ |
29 |
Firaun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026029.mp3
|
قَالَ لَئِنِ اتَّخَذْتَ إِلَهًا غَيْرِي لَأَجْعَلَنَّكَ مِنَ الْمَسْجُونِينَ |
30 |
Nabi Musa menjawab: "Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026030.mp3
|
قَالَ أَوَلَوْ جِئْتُكَ بِشَيْءٍ مُّبِينٍ |
31 |
Firaun berkata: "Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026031.mp3
|
قَالَ فَأْتِ بِهِ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ |
32 |
Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026032.mp3
|
فَأَلْقَى عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعْبَانٌ مُّبِينٌ |
33 |
Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026033.mp3
|
وَنَزَعَ يَدَهُ فَإِذَا هِيَ بَيْضَاء لِلنَّاظِرِينَ |
34 |
Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026034.mp3
|
قَالَ لِلْمَلَإِ حَوْلَهُ إِنَّ هَذَا لَسَاحِرٌ عَلِيمٌ |
35 |
"Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026035.mp3
|
يُرِيدُ أَن يُخْرِجَكُم مِّنْ أَرْضِكُم بِسِحْرِهِ فَمَاذَا تَأْمُرُونَ |
36 |
Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir), |
/content/ayah/audio/hudhaify/026036.mp3
|
قَالُوا أَرْجِهِ وَأَخَاهُ وَابْعَثْ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ |
37 |
"Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026037.mp3
|
يَأْتُوكَ بِكُلِّ سَحَّارٍ عَلِيمٍ |
38 |
Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026038.mp3
|
فَجُمِعَ السَّحَرَةُ لِمِيقَاتِ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ |
39 |
Dan dikatakan kepada orang ramai: "Berkumpulah kamu semuanya;. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026039.mp3
|
وَقِيلَ لِلنَّاسِ هَلْ أَنتُم مُّجْتَمِعُونَ |
40 |
"Semoga kita (tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026040.mp3
|
لَعَلَّنَا نَتَّبِعُ السَّحَرَةَ إِن كَانُوا هُمُ الْغَالِبِينَ |
41 |
Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026041.mp3
|
فَلَمَّا جَاء السَّحَرَةُ قَالُوا لِفِرْعَوْنَ أَئِنَّ لَنَا لَأَجْرًا إِن كُنَّا نَحْنُ الْغَالِبِينَ |
42 |
Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026042.mp3
|
قَالَ نَعَمْ وَإِنَّكُمْ إِذًا لَّمِنَ الْمُقَرَّبِينَ |
43 |
Nabi Musa berkata kepada mereka: "Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026043.mp3
|
قَالَ لَهُم مُّوسَى أَلْقُوا مَا أَنتُم مُّلْقُونَ |
44 |
Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: "Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026044.mp3
|
فَأَلْقَوْا حِبَالَهُمْ وَعِصِيَّهُمْ وَقَالُوا بِعِزَّةِ فِرْعَوْنَ إِنَّا لَنَحْنُ الْغَالِبُونَ |
45 |
Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). |
/content/ayah/audio/hudhaify/026045.mp3
|
فَأَلْقَى مُوسَى عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ |
46 |
Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026046.mp3
|
فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ |
47 |
Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026047.mp3
|
قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ الْعَالَمِينَ |
48 |
"Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026048.mp3
|
رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ |
49 |
Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026049.mp3
|
قَالَ آمَنتُمْ لَهُ قَبْلَ أَنْ آذَنَ لَكُمْ إِنَّهُ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِي عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ فَلَسَوْفَ تَعْلَمُونَ لَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلَافٍ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ أَجْمَعِينَ |
50 |
Mereka menjawab: "(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026050.mp3
|
قَالُوا لَا ضَيْرَ إِنَّا إِلَى رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ |
51 |
"Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026051.mp3
|
إِنَّا نَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لَنَا رَبُّنَا خَطَايَانَا أَن كُنَّا أَوَّلَ الْمُؤْمِنِينَ |
52 |
(Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026052.mp3
|
وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ |
53 |
(Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya), |
/content/ayah/audio/hudhaify/026053.mp3
|
فَأَرْسَلَ فِرْعَوْنُ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ |
54 |
(Sambil berkata kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026054.mp3
|
إِنَّ هَؤُلَاء لَشِرْذِمَةٌ قَلِيلُونَ |
55 |
"Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026055.mp3
|
وَإِنَّهُمْ لَنَا لَغَائِظُونَ |
56 |
"Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026056.mp3
|
وَإِنَّا لَجَمِيعٌ حَاذِرُونَ |
57 |
Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026057.mp3
|
فَأَخْرَجْنَاهُم مِّن جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ |
58 |
Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026058.mp3
|
وَكُنُوزٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ |
59 |
Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026059.mp3
|
كَذَلِكَ وَأَوْرَثْنَاهَا بَنِي إِسْرَائِيلَ |
60 |
Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026060.mp3
|
فَأَتْبَعُوهُم مُّشْرِقِينَ |
61 |
Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026061.mp3
|
فَلَمَّا تَرَاءى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَى إِنَّا لَمُدْرَكُونَ |
62 |
Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026062.mp3
|
قَالَ كَلَّا إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ |
63 |
Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026063.mp3
|
فَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنِ اضْرِب بِّعَصَاكَ الْبَحْرَ فَانفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَالطَّوْدِ الْعَظِيمِ |
64 |
Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026064.mp3
|
وَأَزْلَفْنَا ثَمَّ الْآخَرِينَ |
65 |
Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026065.mp3
|
وَأَنجَيْنَا مُوسَى وَمَن مَّعَهُ أَجْمَعِينَ |
66 |
Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya). |
/content/ayah/audio/hudhaify/026066.mp3
|
ثُمَّ أَغْرَقْنَا الْآخَرِينَ |
67 |
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026067.mp3
|
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ |
68 |
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026068.mp3
|
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ |
69 |
Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026069.mp3
|
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ إِبْرَاهِيمَ |
70 |
Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026070.mp3
|
إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَا تَعْبُدُونَ |
71 |
Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026071.mp3
|
قَالُوا نَعْبُدُ أَصْنَامًا فَنَظَلُّ لَهَا عَاكِفِينَ |
72 |
Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya? |
/content/ayah/audio/hudhaify/026072.mp3
|
قَالَ هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ إِذْ تَدْعُونَ |
73 |
"Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026073.mp3
|
أَوْ يَنفَعُونَكُمْ أَوْ يَضُرُّونَ |
74 |
Mereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026074.mp3
|
قَالُوا بَلْ وَجَدْنَا آبَاءنَا كَذَلِكَ يَفْعَلُونَ |
75 |
Nabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? - |
/content/ayah/audio/hudhaify/026075.mp3
|
قَالَ أَفَرَأَيْتُم مَّا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ |
76 |
"(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu? |
/content/ayah/audio/hudhaify/026076.mp3
|
أَنتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْأَقْدَمُونَ |
77 |
"(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam; |
/content/ayah/audio/hudhaify/026077.mp3
|
فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ |
78 |
"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; |
/content/ayah/audio/hudhaify/026078.mp3
|
الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ |
79 |
"Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026079.mp3
|
وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ |
80 |
"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; |
/content/ayah/audio/hudhaify/026080.mp3
|
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ |
81 |
"Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku; |
/content/ayah/audio/hudhaify/026081.mp3
|
وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ |
82 |
"Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; |
/content/ayah/audio/hudhaify/026082.mp3
|
وَالَّذِي أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ |
83 |
"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; |
/content/ayah/audio/hudhaify/026083.mp3
|
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ |
84 |
"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; |
/content/ayah/audio/hudhaify/026084.mp3
|
وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ |
85 |
"Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; |
/content/ayah/audio/hudhaify/026085.mp3
|
وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ |
86 |
"Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat; |
/content/ayah/audio/hudhaify/026086.mp3
|
وَاغْفِرْ لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ |
87 |
"Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula - |
/content/ayah/audio/hudhaify/026087.mp3
|
وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ |
88 |
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026088.mp3
|
يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ |
89 |
"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); |
/content/ayah/audio/hudhaify/026089.mp3
|
إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ |
90 |
"Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026090.mp3
|
وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ |
91 |
"Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat; |
/content/ayah/audio/hudhaify/026091.mp3
|
وَبُرِّزَتِ الْجَحِيمُ لِلْغَاوِينَ |
92 |
"Serta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu - |
/content/ayah/audio/hudhaify/026092.mp3
|
وَقِيلَ لَهُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ |
93 |
` Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ? ' |
/content/ayah/audio/hudhaify/026093.mp3
|
مِن دُونِ اللَّهِ هَلْ يَنصُرُونَكُمْ أَوْ يَنتَصِرُونَ |
94 |
"Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026094.mp3
|
فَكُبْكِبُوا فِيهَا هُمْ وَالْغَاوُونَ |
95 |
"Termasuk juga bala tentera iblis semuanya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026095.mp3
|
وَجُنُودُ إِبْلِيسَ أَجْمَعُونَ |
96 |
"Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka: |
/content/ayah/audio/hudhaify/026096.mp3
|
قَالُوا وَهُمْ فِيهَا يَخْتَصِمُونَ |
97 |
" ` Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026097.mp3
|
تَاللَّهِ إِن كُنَّا لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ |
98 |
" ` Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam; |
/content/ayah/audio/hudhaify/026098.mp3
|
إِذْ نُسَوِّيكُم بِرَبِّ الْعَالَمِينَ |
99 |
" ` Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026099.mp3
|
وَمَا أَضَلَّنَا إِلَّا الْمُجْرِمُونَ |
100 |
" ` Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026100.mp3
|
فَمَا لَنَا مِن شَافِعِينَ |
101 |
" ` Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026101.mp3
|
وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍ |
102 |
" ` Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. ' " |
/content/ayah/audio/hudhaify/026102.mp3
|
فَلَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ |
103 |
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026103.mp3
|
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ |
104 |
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026104.mp3
|
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ |
105 |
(Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.) |
/content/ayah/audio/hudhaify/026105.mp3
|
كَذَّبَتْ قَوْمُ نُوحٍ الْمُرْسَلِينَ |
106 |
Ketika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026106.mp3
|
إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ نُوحٌ أَلَا تَتَّقُونَ |
107 |
"Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026107.mp3
|
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ |
108 |
" Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026108.mp3
|
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ |
109 |
"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026109.mp3
|
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ |
110 |
"Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026110.mp3
|
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ |
111 |
Mereka menjawab: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026111.mp3
|
قَالُوا أَنُؤْمِنُ لَكَ وَاتَّبَعَكَ الْأَرْذَلُونَ |
112 |
Nabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka? |
/content/ayah/audio/hudhaify/026112.mp3
|
قَالَ وَمَا عِلْمِي بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ |
113 |
"Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian). |
/content/ayah/audio/hudhaify/026113.mp3
|
إِنْ حِسَابُهُمْ إِلَّا عَلَى رَبِّي لَوْ تَشْعُرُونَ |
114 |
"Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku). |
/content/ayah/audio/hudhaify/026114.mp3
|
وَمَا أَنَا بِطَارِدِ الْمُؤْمِنِينَ |
115 |
"Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026115.mp3
|
إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ مُّبِينٌ |
116 |
Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026116.mp3
|
قَالُوا لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَا نُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الْمَرْجُومِينَ |
117 |
Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026117.mp3
|
قَالَ رَبِّ إِنَّ قَوْمِي كَذَّبُونِ |
118 |
"Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026118.mp3
|
فَافْتَحْ بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ فَتْحًا وَنَجِّنِي وَمَن مَّعِي مِنَ الْمُؤْمِنِينَ |
119 |
Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk). |
/content/ayah/audio/hudhaify/026119.mp3
|
فَأَنجَيْنَاهُ وَمَن مَّعَهُ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ |
120 |
Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera). |
/content/ayah/audio/hudhaify/026120.mp3
|
ثُمَّ أَغْرَقْنَا بَعْدُ الْبَاقِينَ |
121 |
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026121.mp3
|
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ |
122 |
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026122.mp3
|
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ |
123 |
(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). |
/content/ayah/audio/hudhaify/026123.mp3
|
كَذَّبَتْ عَادٌ الْمُرْسَلِينَ |
124 |
Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026124.mp3
|
إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ هُودٌ أَلَا تَتَّقُونَ |
125 |
"Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026125.mp3
|
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ |
126 |
"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026126.mp3
|
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ |
127 |
"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026127.mp3
|
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ |
128 |
"Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026128.mp3
|
أَتَبْنُونَ بِكُلِّ رِيعٍ آيَةً تَعْبَثُونَ |
129 |
"Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya? |
/content/ayah/audio/hudhaify/026129.mp3
|
وَتَتَّخِذُونَ مَصَانِعَ لَعَلَّكُمْ تَخْلُدُونَ |
130 |
"Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis? |
/content/ayah/audio/hudhaify/026130.mp3
|
وَإِذَا بَطَشْتُم بَطَشْتُمْ جَبَّارِينَ |
131 |
"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026131.mp3
|
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ |
132 |
"Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026132.mp3
|
وَاتَّقُوا الَّذِي أَمَدَّكُم بِمَا تَعْلَمُونَ |
133 |
"Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai), |
/content/ayah/audio/hudhaify/026133.mp3
|
أَمَدَّكُم بِأَنْعَامٍ وَبَنِينَ |
134 |
"Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir). |
/content/ayah/audio/hudhaify/026134.mp3
|
وَجَنَّاتٍ وَعُيُونٍ |
135 |
"Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026135.mp3
|
إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ |
136 |
Mereka menjawab: "Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026136.mp3
|
قَالُوا سَوَاء عَلَيْنَا أَوَعَظْتَ أَمْ لَمْ تَكُن مِّنَ الْوَاعِظِينَ |
137 |
"Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026137.mp3
|
إِنْ هَذَا إِلَّا خُلُقُ الْأَوَّلِينَ |
138 |
"Dan kami pula tidak akan diseksa". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026138.mp3
|
وَمَا نَحْنُ بِمُعَذَّبِينَ |
139 |
Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026139.mp3
|
فَكَذَّبُوهُ فَأَهْلَكْنَاهُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ |
140 |
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026140.mp3
|
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ |
141 |
(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka), |
/content/ayah/audio/hudhaify/026141.mp3
|
كَذَّبَتْ ثَمُودُ الْمُرْسَلِينَ |
142 |
Ketika saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026142.mp3
|
إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ صَالِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ |
143 |
"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026143.mp3
|
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ |
144 |
"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026144.mp3
|
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ |
145 |
"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026145.mp3
|
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ |
146 |
"Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? - |
/content/ayah/audio/hudhaify/026146.mp3
|
أَتُتْرَكُونَ فِي مَا هَاهُنَا آمِنِينَ |
147 |
"Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir), |
/content/ayah/audio/hudhaify/026147.mp3
|
فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ |
148 |
"Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut? |
/content/ayah/audio/hudhaify/026148.mp3
|
وَزُرُوعٍ وَنَخْلٍ طَلْعُهَا هَضِيمٌ |
149 |
"Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh? |
/content/ayah/audio/hudhaify/026149.mp3
|
وَتَنْحِتُونَ مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا فَارِهِينَ |
150 |
"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku; |
/content/ayah/audio/hudhaify/026150.mp3
|
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ |
151 |
"Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, - |
/content/ayah/audio/hudhaify/026151.mp3
|
وَلَا تُطِيعُوا أَمْرَ الْمُسْرِفِينَ |
152 |
"Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026152.mp3
|
الَّذِينَ يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ |
153 |
Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir! |
/content/ayah/audio/hudhaify/026153.mp3
|
قَالُوا إِنَّمَا أَنتَ مِنَ الْمُسَحَّرِينَ |
154 |
"Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026154.mp3
|
مَا أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا فَأْتِ بِآيَةٍ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ |
155 |
Nabi Soleh berkata: "Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026155.mp3
|
قَالَ هَذِهِ نَاقَةٌ لَّهَا شِرْبٌ وَلَكُمْ شِرْبُ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ |
156 |
"Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026156.mp3
|
وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابُ يَوْمٍ عَظِيمٍ |
157 |
Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana). |
/content/ayah/audio/hudhaify/026157.mp3
|
فَعَقَرُوهَا فَأَصْبَحُوا نَادِمِينَ |
158 |
Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026158.mp3
|
فَأَخَذَهُمُ الْعَذَابُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ |
159 |
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026159.mp3
|
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ |
160 |
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). |
/content/ayah/audio/hudhaify/026160.mp3
|
كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ الْمُرْسَلِينَ |
161 |
Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026161.mp3
|
إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ |
162 |
"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026162.mp3
|
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ |
163 |
"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026163.mp3
|
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ |
164 |
"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026164.mp3
|
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ |
165 |
"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026165.mp3
|
أَتَأْتُونَ الذُّكْرَانَ مِنَ الْعَالَمِينَ |
166 |
"Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026166.mp3
|
وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُم بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ |
167 |
Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026167.mp3
|
قَالُوا لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَا لُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الْمُخْرَجِينَ |
168 |
Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026168.mp3
|
قَالَ إِنِّي لِعَمَلِكُم مِّنَ الْقَالِينَ |
169 |
(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu." |
/content/ayah/audio/hudhaify/026169.mp3
|
رَبِّ نَجِّنِي وَأَهْلِي مِمَّا يَعْمَلُونَ |
170 |
Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya |
/content/ayah/audio/hudhaify/026170.mp3
|
فَنَجَّيْنَاهُ وَأَهْلَهُ أَجْمَعِينَ |
171 |
Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026171.mp3
|
إِلَّا عَجُوزًا فِي الْغَابِرِينَ |
172 |
Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut). |
/content/ayah/audio/hudhaify/026172.mp3
|
ثُمَّ دَمَّرْنَا الْآخَرِينَ |
173 |
Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026173.mp3
|
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا فَسَاء مَطَرُ الْمُنذَرِينَ |
174 |
Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026174.mp3
|
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ |
175 |
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026175.mp3
|
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ |
176 |
(Demikian juga) penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). |
/content/ayah/audio/hudhaify/026176.mp3
|
كَذَّبَ أَصْحَابُ الْأَيْكَةِ الْمُرْسَلِينَ |
177 |
Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026177.mp3
|
إِذْ قَالَ لَهُمْ شُعَيْبٌ أَلَا تَتَّقُونَ |
178 |
"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026178.mp3
|
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ |
179 |
"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026179.mp3
|
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ |
180 |
"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026180.mp3
|
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ |
181 |
"Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026181.mp3
|
أَوْفُوا الْكَيْلَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُخْسِرِينَ |
182 |
"Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026182.mp3
|
وَزِنُوا بِالْقِسْطَاسِ الْمُسْتَقِيمِ |
183 |
"Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026183.mp3
|
وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ |
184 |
"Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026184.mp3
|
وَاتَّقُوا الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالْجِبِلَّةَ الْأَوَّلِينَ |
185 |
Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026185.mp3
|
قَالُوا إِنَّمَا أَنتَ مِنَ الْمُسَحَّرِينَ |
186 |
"Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026186.mp3
|
وَمَا أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا وَإِن نَّظُنُّكَ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ |
187 |
Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026187.mp3
|
فَأَسْقِطْ عَلَيْنَا كِسَفًا مِّنَ السَّمَاء إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ |
188 |
Nabi Syuaib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan". |
/content/ayah/audio/hudhaify/026188.mp3
|
قَالَ رَبِّي أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ |
189 |
Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya). |
/content/ayah/audio/hudhaify/026189.mp3
|
فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمْ عَذَابُ يَوْمِ الظُّلَّةِ إِنَّهُ كَانَ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ |
190 |
Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026190.mp3
|
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ |
191 |
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026191.mp3
|
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ |
192 |
Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026192.mp3
|
وَإِنَّهُ لَتَنزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ |
193 |
Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026193.mp3
|
نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ |
194 |
Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). |
/content/ayah/audio/hudhaify/026194.mp3
|
عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنذِرِينَ |
195 |
(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026195.mp3
|
بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُّبِينٍ |
196 |
Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026196.mp3
|
وَإِنَّهُ لَفِي زُبُرِ الْأَوَّلِينَ |
197 |
(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu? |
/content/ayah/audio/hudhaify/026197.mp3
|
أَوَلَمْ يَكُن لَّهُمْ آيَةً أَن يَعْلَمَهُ عُلَمَاء بَنِي إِسْرَائِيلَ |
198 |
Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026198.mp3
|
وَلَوْ نَزَّلْنَاهُ عَلَى بَعْضِ الْأَعْجَمِينَ |
199 |
Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026199.mp3
|
فَقَرَأَهُ عَلَيْهِم مَّا كَانُوا بِهِ مُؤْمِنِينَ |
200 |
Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026200.mp3
|
كَذَلِكَ سَلَكْنَاهُ فِي قُلُوبِ الْمُجْرِمِينَ |
201 |
Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026201.mp3
|
لَا يُؤْمِنُونَ بِهِ حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ |
202 |
Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026202.mp3
|
فَيَأْتِيَهُم بَغْتَةً وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ |
203 |
Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026203.mp3
|
فَيَقُولُوا هَلْ نَحْنُ مُنظَرُونَ |
204 |
(Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami? |
/content/ayah/audio/hudhaify/026204.mp3
|
أَفَبِعَذَابِنَا يَسْتَعْجِلُونَ |
205 |
Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026205.mp3
|
أَفَرَأَيْتَ إِن مَّتَّعْنَاهُمْ سِنِينَ |
206 |
Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026206.mp3
|
ثُمَّ جَاءهُم مَّا كَانُوا يُوعَدُونَ |
207 |
(Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026207.mp3
|
مَا أَغْنَى عَنْهُم مَّا كَانُوا يُمَتَّعُونَ |
208 |
Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026208.mp3
|
وَمَا أَهْلَكْنَا مِن قَرْيَةٍ إِلَّا لَهَا مُنذِرُونَ |
209 |
Memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026209.mp3
|
ذِكْرَى وَمَا كُنَّا ظَالِمِينَ |
210 |
Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026210.mp3
|
وَمَا تَنَزَّلَتْ بِهِ الشَّيَاطِينُ |
211 |
Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026211.mp3
|
وَمَا يَنبَغِي لَهُمْ وَمَا يَسْتَطِيعُونَ |
212 |
Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026212.mp3
|
إِنَّهُمْ عَنِ السَّمْعِ لَمَعْزُولُونَ |
213 |
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026213.mp3
|
فَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ فَتَكُونَ مِنَ الْمُعَذَّبِينَ |
214 |
Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026214.mp3
|
وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ |
215 |
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026215.mp3
|
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ |
216 |
Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!" |
/content/ayah/audio/hudhaify/026216.mp3
|
فَإِنْ عَصَوْكَ فَقُلْ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تَعْمَلُونَ |
217 |
Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026217.mp3
|
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ |
218 |
Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), |
/content/ayah/audio/hudhaify/026218.mp3
|
الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ |
219 |
Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026219.mp3
|
وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ |
220 |
Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026220.mp3
|
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ |
221 |
Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun? |
/content/ayah/audio/hudhaify/026221.mp3
|
هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَى مَن تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ |
222 |
Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, |
/content/ayah/audio/hudhaify/026222.mp3
|
تَنَزَّلُ عَلَى كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ |
223 |
Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026223.mp3
|
يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ |
224 |
Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026224.mp3
|
وَالشُّعَرَاء يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ |
225 |
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? |
/content/ayah/audio/hudhaify/026225.mp3
|
أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ |
226 |
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya? |
/content/ayah/audio/hudhaify/026226.mp3
|
وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ |
227 |
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali. |
/content/ayah/audio/hudhaify/026227.mp3
|
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيراً وَانتَصَرُوا مِن بَعْدِ مَا ظُلِمُوا وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ |