Al-Fatihah

Change Language
Change Surah
Change Recitation

Malay: Abdullah Muhammad Basmeih

Play All
# Translation Ayah
1 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus. اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
;